Thursday, December 11, 2008

JANGAN MUDAH MENUDUH ORANG WAHHABI

Dr. Mohd Asri bin Zainul Abidin
Ketika saya dihubungi agar mengulas tentang satu gerakan yang suka
menuduh orang lain wahhabi, saya pada mulanya malas nak campur. Di kala
negara sedang gelut dengan krisis yang berbagai, ada juga puak yang sibuk
wahabi-mewahabi orang lain. Apatah lagi, saya pun dah lama tidak berfikir
tentang isu tersebut kerana sibuk dengan isu-isu yang lebih bersifat nasional
dan sejagat.
Sebenarnnya, di negara kita kini sedang muncul satu golongan yang
menyembunyikan identitinya. Mereka ini jika di negara Arab digelar Ahbash.
Puak ini berpusat di Lubnan dan mempengaruhi sesetengah pelajar kita di
sana juga yang di tempat lain. Perkataan ahbash merujuk kepada pengasas
dan pengikut mereka yang berketurunan Habsyi Afrika. Guru mereka ialah
Abdullah al-Harari. Seorang yang terkenal suka mengkafirkan orang lain yang
tidak sependapat dengannya. Dia sentiasa mendakwa bahawa hanya dirinya
Ahlussunnah wal Jamaah dan bermazhab Syafi’i. Sesiapa yang tidak
bersependapat dengannya itu sesat, atau kafir atau wahhabi. Hasilnya
berlakulah pembunuhan dan rusuhan. Mereka telah mengkafirkan ulamaulama
terdahulu seperti al-Imam Ibn Taimiyyah, al-Imam Ibn Qayyim, al-Imam
al-Zahabi, al-Imam Ibn Kathir, Muhammad bin Abdul Wahhab dan lain-lain.
Ulama semasa yang dikafirkan oleh mereka termasuk Dr. Yusuf al-Qaradawi,
Dr. Said Ramadhan al-Buthi, Sayyid Sabiq, Sayyid Qutb, al-Albani, Mufti
Lubnan Hasan Khalid lain-lain. Sesiapa yang berminat mereka boleh layari
bankahbash.blogspot.com. untuk mengetahui sikap ektremis golongan ini.
Di Malaysia, mereka mula menyerap dalam sesetengah pihak berkuasa
agama di negeri-negeri tertentu. Mereka menganjurkan program-program
atas nama Ahlussunnah wal Jamaah. Isi kandungannya adalah menuduh
sesiapa yang tidak sebulu dengan mereka sebagai wahhabi. Slogan mereka
sama, sesiapa yang memberikan pendapat yang tidak sama dengan mereka
maka dia sesat atau wahhabi. Cara kebetulan pula pandangan sesetengah
golongan pembaharuan memang ada perbezaan dengan pandangan
agamawan tempatan. Namun, itu bukan kesalahan dan baru. Dahulu pun
dalam negara ini ada gerakan kaum muda seperti Za’ba, Syed Syeikh al-Hadi,
Burhanudin al-Helmi, Abu Bakar al-Baqir dan selain mereka yang memang
diiktiraf sumbangan mereka dalam pembaharuan dan kemerdekaan.
Walaupun ada tentangan terhadap kaum muda dari kelompok konservertif
tradisionalis melayu, namun buku-buku sejarah yang jujur terus mengiktiraf
sumbangan kaum muda kepada pendidikan, perjuangan hak wanita,
kemajuan pemikiran, pembebasan dari kejumudan dan seumpamanya.
Namun hari ini puak Ahbash yang muncul dan menyelinap masuk
dalam masyarakat kita cuba membangkit perkara-perkara perbezaan ini
sehingga ke peringkat kafir mengkafir. Kata mereka golongan pembaharuan
menimbulkan pecah belah dalam masyarakat. Padahal jika mereka jujur,
perpecahan yang sebenar dalam masyarakat melayu sekarang adalah dalam
isu-isu politik, bukan isu kenduri arwah, tol orang mati dan joget tarekat yang
dipertahankan oleh mereka. Untuk menarik minat masyarakat, mereka
menuduh sesiapa sahaja yang memberikan pandangan berbeza itu sebagai
wahhabi dan ektremis. Padahal, golongan Ahbash ini menyimpan racun
mereka dan menunggu hari untuk dikeluarkan. Tidak hairan jika beberapa
pembunuhan di Lubnan dikaitkan dengan mereka dan ramai tokoh yang
menganggap mereka mempunyai hubungan dengan CIA. Sebab itu kita
melihat pendekatan Ahbash ini ada ala-ala Amerika. Jika Amerika yang
mengganas di negara orang, menuduh orang lain pengganas, demikian puak
Ahbash ini yang suka mengkafirkan orang lain, tetapi menuduh orang lain
pula mengkafirkan dan menumpahkan darah. Maka tidaklah pelik jika guru
Ahbash itu digelar al-fattan atau pencetus fitnah.
Di samping, kita juga tidak menafikan, wujudkan segelintir kelompok
yang menyandarkan diri kepada salafi kadang-kala ada ciri-ciri agak keras
dalam berinteraksi dengan amalan tradisi tempatan atau menimbul beberapa
pendapat yang tidak wajar dibesar-besarkan. Saya sendiri kurang bersetuju
untuk terlalu bertegas dalam perkara-perkara yang diizinkan syarak untuk
kita berbeza pendapat. Namun, kesilapan mereka itu hanya pada pendekatan
dan pemilihan keutamaan. Tidak sepatutnya untuk mereka dihukum sesat
atau dikafirkan oleh kelompok Ahbash ini.
Namun, jarum Ahbash ini nampaknya ada juga yang terpengaruh lalu
menuduh sesiapa sahaja yang berbeza pendapat dengan pandangan mereka
sebagai wahhabi. Padahal, jika kita bertanya kepada kebanyakan yang suka
melebelkan orang lain sebagai ‘wahabi’; apa itu wahabi?. Mereka pun tak
pasti dan berbagai jawapan diberikan. Ada yang katakan wahabi ialah
sesiapa yang tidak qunut subuh. Jika kita beritahu dia, mazhab-mazhab yang
lain juga tidak qunut subuh. Apakah al-Imam Ahmad bin Hanbal dan Abu
Hanifah juga wahabi? Ada yang kata: wahabi tidak tahlil. Kita beritahu dia
tahlil maksudnya La ilah illa Allah, tahmid bermaksud Alhamd li Allah, tasbih
bermaksud subhana Allah. Setahu kita mereka ini menyebutnya. Mana
mungkin, jika tidak, mereka kafir. Bahkan imam-imam di Arab Saudi yang
dituduh wahhabi itu menghafaz al-Quran dengan begitu hebat dan bacaanbacaan
mereka diperdengarkan di sana sini. Adakah mereka kafir?!!. Ada
yang kata wahabi adalah mereka yang belajar di Arab Saudi. Ramai yang
tidak belajar di Arab Saudi pun ada juga yang menuduh wahabi. Kemudian,
kalau wahabi itu sesat, apakah sekarang Masjid al-Haram dan Masjid al-Nabi
sedang didiami dan diimami oleh golongan yang sesat?!!. Ada yang kata
wahabi ialah golongan tidak bermazhab. Kita beritahu dia Arab Saudi yang
sebagai dituduh wahabi bermazhab Hanbali.
Mungkin yang lebih pandai menyebut; wahabi adalah pengikut
Muhammad bin ‘Abd al-Wahhab. Dari situ digelar pengikutnya ‘Wahhabi’.
Saya katakan saya sendiri dalam pengalaman yang singkat ini ada yang
menuduh wahabi, sekalipun saya tidak begitu membaca buku-buku
Muhammad bin ‘Abd al-Wahhab. Saya hanya menganggapnya salah seorang
tokoh-tokoh umat yang ada jasa dan sumbangannya. Dalam masa yang sama
ada kekurangan dan kelemahannya. Dia bukan tokoh mazhab fekah yang
ulung. Dia sendiri bermazhab Hanbali. Bukan juga jaguh dalam hadis,
sehingga al-Albani pernah mengkritiknya dengan agak tegas. Namun,
sebagai tokoh, ada sumbangannya yang tersendiri. Dari segi ilmiah, secara
peribadi saya tidak dapat banyak manfaat daripadanya. Namun
sumbangannya tidak dilupakan. Dr. Yusuf al-Qaradawi dalam bukunya Fiqh al-
Aulawiyyat memuji Muhammad bin ‘Abdul Wahhab, dengan berkata: “Bagi alImam
Muhammad bin ‘Abd al-Wahhab di Jazirah Arab perkara akidah adalah
menjadi keutamaannya untuk memelihara benteng tauhid dari syirik yang
telah mencemari pancaran tauhid dan dikotori kesuciannya. Beliau telah
menulis buku-buku dan risalah-risalah dalam perkara tersebut. Beliau bangkit
menanggung bebanan secara dakwah dan praktikal dalam memusnahkan
gambaran-gambaran syirik. (m.s. 263, ctk. Maktabah Wahbah, Mesir). Juga
tokoh ahli fekah terkenal, Dr. Wahhab al-Zuhaili juga memujinya dengan
menyebut: “Sesuatu yang tiada syak padanya, menyedari hakikat yang
sebenar, bukan untuk meredhakan sesiapa, berpegang kepada ayat al-Quran
yang agung (maksudnya) “Jangan kamu kurangkan manusia apa yang
menjadi hak-haknya (Surah Hud: 85), bahawa suara kebenaran yang paling
berani, pendakwah terbesar untuk islah (pembaikian), membina umat, jihad
dan mengembalikan individu muslim kepada berpegang dengan jalan al-salaf
al-salih yang terbesar ialah dakwah Muhammad bin ‘Abd al-Wahhab pada
kurun yang kedua belas hijrah. Tujuannya untuk mentajdidkan kehidupan
muslim, setelah secara umum dicemari dengan berbagai khilaf, kekeliruan,
bid'ah dan penyelewengan. Maka Muhammad bin ‘Abd al-Wahhab ialah
pemimpin kebangkitan agama dan pembaikian (islah) yang dinantikan, yang
menzahir timbangan akidah yang bersih..” (Rujukan: Dr Wahbah al-Zuhaili,
Risalah Mujaddid al-Din fi Qarn al-Thani ‘Asyar, m.s 57-58). Bahkan banyak
lagi puji-pujian beliau dalam risalah tersebut. Ramai lagi tokoh-tokoh lain
yang memuji Muhammad bin ‘Abd al-Wahhab, apakah tokoh-tokoh agama
yang begitu ramai itu patut dituduh wahabi?!!!.
Kitab al-Fiqh al-Manhaji ‘ala Mazhab al-Imam al-Syafi’i tulisan tokohtokoh
semasa mazhab al-Imam al-Syafi'i , iaitu al-Syeikh Mustafa Khin, al-
Syeikh Mustafa al-Bugha dan ‘Ali al-Syarbaji. Namun apabila saya baca
antara apa yang disebut dalam kitab tersebut: “Daripada bid'ah apa yang
dibuat oleh keluarga si mati ialah dengan mengumpulkan orang ramai
kepada makanan dengan munasabah yang dinamakan berlalunya empat
puluh hari dan seumpamanya. Sekiranya perbelanjaan makanan tersebut dari
harta peninggalan (si mati) dan di kalangan waris ada yang belum baligh,
maka itu adalah dari perkara lebih haram. Ini kerana ia memakan harta
benda anak yatim dan melenyapkannya bukan untuk kepentingan anak yatim
tersebut. Terbabit juga dalam melakukan perbuatan haram ini setiap yang
memanggil dan memakannya” (1/263, Damsyik: Dar al-Qalam). Apakah
semua penulis itu wahabi?!!.Jika kita tengok kitab-kitab melayu jawi kita
dapati perkara yang sama. Kata Syeikh Daud al-Fatani (semoga Allah
merahmatinya) dalam Bughyah al-Talab: “(dan makruh) lagi bid'ah bagi
orang yang kematian membuat makanan menserukan segala manusia atas
memakan dia sama ada dahulu daripada menanam dia dan kemudian
daripadanya seperti yang diadatkan kebanyakan manusia (dan demikian lagi)
makruh lagi bid'ah bagi segala yang diserukan dia memperkenankan
seruannya” (2/34). Demikian juga kenyataan dibuat oleh al-Syeikh
Muhammad Arsyad al-Banjari dalam Sabil al-Muhtadin. Begitu juga al-
Marbawi dalam Bahr al-Mazi menyebut: “Maka bid'ah yang tidak elok”
(7/130). Apakah mereka semua juga wahabi?!!.
Apabila ada yang memberitahu amalan Nisfu Syaaban seperti yang
dibuat oleh masyarakat kita bukan dari tunjuk ajar Nabi s.a.w. Mereka kata:
“dia wahabi”. Kita kata ini bukan daripada tulisan Muhammad bin ‘Abd al-
Wahhab, ini fatwa Dr Yusuf al-Qaradawi apabila ditanya mengenai nisfu
Syaaban, beliau menjawab: “Tidak pernah diriwayatkan daripada Nabi s.a.w.
dan para sahabat bahawa mereka berhimpun di masjid untuk menghidupkan
malam nisfu Syaaban, membaca do`a tertentu dan solat tertentu seperti
yang kita lihat pada sebahagian negeri orang Islam. Bahkan di sebahagian
negeri, orang ramai berhimpun pada malam tersebut selepas maghrib di
masjid. Mereka membaca surah Yasin dan solat dua raka`at dengan niat
panjang umur, dua rakaat yang lain pula dengan niat tidak bergantung
kepada manusia, kemudian mereka membaca do`a yang tidak pernah dipetik
dari golongan salaf (para sahabah, tabi`in dan tabi’ tabi`in). Ianya satu do`a
yang panjang, yang menyanggahi nusus (al-Quran dan Sunnah) juga
bercanggahan dan bertentang maknanya...perhimpunan (malam nisfu
Syaaban) seperti yang kita lihat dan dengar yang berlaku di sebahagian
negeri orang Islam adalah bid`ah dan diada-adakan. Sepatutnya kita
melakukan ibadat sekadar yang dinyatakan dalam nas. Segala kebaikan itu
ialah mengikut salaf, segala keburukan itu ialah bid`ah golongan selepas
mereka, dan setiap yang diadakan-adakan itu bid`ah, dan setiap yang bid`ah
itu sesat dan setiap yang sesat itu dalam neraka.( Dr. Yusuf al-Qaradawi,
Fatawa Mu`asarah, 1/382-383, Beirut: Dar Uli al-Nuha). Apakah beliau juga
wahabi?!!
Al-Imam al-Nawawi (meninggal 676 H) adalah tokoh agung dalam
mazhab al-Syafi'i. Pada zamannya, beliau membantah mengiringi jenazah
dengan mengangkat suara membaca al-Quran. Beliau berkata: “Ketahui
sesungguhnya yang betul lagi terpilih yang menjadi amalan al-salaf al-salih
r.a adalah diam ketika mengiringi jenazah. Jangan diangkat suara dengan
bacaan, zikir dan selainnya. Hikmahnya nyata, iaitu lebih menenangkan hati
dan menghimpunkan fikiran mengenai apa yang berkaitan dengan jenazah.
Itulah yang dituntut dalam keadaan tersebut. Inilah yang cara yang betul.
Jangan kamu terpengaruh dengan banyaknya orang yang menyanggahinya.
Sesungguhnya Abu ‘Ali al-Fudail bin ‘Iyad r.a. pernah berkata –maknanya-:
“Berpegang dengan jalan petunjuk, jangan engkau tewas disebabkan sedikit
yang melaluinya. Jauhilah jalan yang sesat. Jangan engkau terpengaruh
dengan banyaknya golongan yang rosak”. Adapun apa yang dilakukan oleh
golongan jahil di Damsyik, iaitu melanjutkan bacaan al-Quran dan bacaan
yang lain ke atas jenazah dan bercakap perkara yang tiada kaitan, ini adalah
haram dengan ijma’ ulama. Sesungguhnya aku telah jelaskan Adab al-Qiraah
keburukannya, besar keharamannya, dan fasiknya sesiapa yang mampu
membantahnya tetapi tidak membantahnya”. (Al-Nawawi, Al-Azkar, m.s. 225-
226, Damsyik: Maktabah al-Ghazali). Saya percaya jika al-Imam al-Nawawi di
zaman kini dan buat kenyataan ini, golongan yang taksub pegangan
tempatan akan menuduhnya juga wahabi. Apatah lagi jika dia mereka
mambaca kenyataan al-Imam al-Nawawi ini menyetujui tokoh-tokoh mazhab
al-Syafi’i yang membantah jamuan atau kenduri sempena kematian. Katanya:
“adapun menyediakan makanan oleh keluarga si mati dan menghimpunkan
orang ramai kepadanya adalah tidak diriwayatkan daripada Nabi s.a.w sedikit
pun. Ia adalah bid’ah yang tidak disukai” (Al-Nawawi, al-Majmu’ Syarh al-
Mahazzab 5/320 Beirut: Dar al-Fikr). Tentu jika mereka masih hidup akan
dituduh wahabi!
Bahkan jika al-Imam al-Syafi’i masih hidup pun mungkin dia dituduh
wahhabi. Apa tidaknya dalam kitabnya al-Umm disebut: “Pendapatku untuk
imam dan makmum hendaklah mereka berzikir selepas selesai solat.
Hendaklah mereka mensenyapkan zikir, kecuali jika imam mahu dipelajari
daripadanya (bacaan-bacaan zikir-pen), maka ketika itu dijelaskan zikir.
Sehingga apabila didapati telah dipelajari daripadanya. Maka selepas itu
hendaklah dia perlahankan" (al-Syafi'i, Mausu‘at al-Imam al-Syafi'i: Al-Umm,
1/353 Beirut: Dar Ihya al-Turath al-‘Arabi). Tidakkah itu berbeza dengan
amalan orang melayu.
Ada kata golongan wahhabi tidak mewajibkan terikat dengan sesuatu
mazhab. Saya kata kalau begitu haramkanlah buku Dr. Yusuf al-Qaradawi, Dr
Wahbah al-Zuhaili, Dr Abd al-Karim Zaidan dan berbagai tokoh ulama
antarabangsa yang lain dari disebarkan di Malaysia ini. Sebab mereka ini
yang tidak mewajibkan terikat dengan satu-satu mazhab. Lihat apa kata Dr
Yusuf al-Qaradawi: “Perkara yang penting untuk anda mengetahuinya
bahawa hukum orang awam mengikut salah seorang imam-imam mazhab
ialah harus dengan syarat-syaratnya. Ia bukan sesuatu yang wajib seperti
yang dikatakan oleh golongan mutakhir. Ini kerana tiada kewajipan kecuali
apa yang diwajibkan oleh al-Kitab dan al-Sunnah. Maka al-Quran dan al-
Sunnah tidak mewajibkan seseorang terikat dengan mazhab. Maka tidak
menjadi halangan untuk seseorang muslim bebas dari terikat dengan manamana
mazhab. Dia boleh bertanya berkaitan agamanya kepada sesiapa
sahaja di kalangan ulama. Tanpa perlu terikat dengan seseorang ilmuan
sahaja tanpa bertanya orang lain. Inilah jalan para sahabah dan sesiapa yang
mengikuti mereka dengan cara yang baik pada zaman sebaik-baik kurun.
Allah telah selamatkan mereka dari taklid yang dicerca ini. Sebaik-baik
manusia untuk bebas dari terikat dengan mazhab ialah sesiapa yang baru
menganut Islam. Maka tiada kepentingan mewajibkannya apa yang Allah
ta’ala tidak wajibkan. Dia boleh bertanya sesiapa sahaja dari kalangan ulama
yang dia mahu. Wajib ditulis untuk mereka buku-buku fekah yang
memudahkan tanpa terikat dengan mazhab tertentu”.( Al-Qaradawi: Dr Yusuf,
Kaif Nata’amal Ma’ al-Turath, m.s. 83-84, Kaherah: Maktab Wahbah)
Banyak lagi contoh-contoh lain jika hendak disebut. Maka fahamlah
bahawa tuduhan wahabi kepada seseorang di negara kita ini kebanyakan
adalah fitnah. Sebagai jawapan kepada persoalan yang tidak terjawab, maka
diputarkan isu ke arah yang lain. Ia adalah lambang akhlak dan perilaku
buruk pembuatnya. Memburukkan orang lain tanpa bukti dan ilmu. Kesemua
mereka ini akan didakwa di akhirat kerana memutar belitkan fakta tanpa rasa
takut kepada ALLAH. Tidak pernahkah mereka membaca firman ALLAH dalam
Surah al-Hujurat ayat 11-12: (maksudnya) Wahai orang-orang yang beriman!
Janganlah sesuatu puak (dari kaum lelaki) merendah-rendahkan puak lelaki
yang lain, (kerana) harus puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada
mereka; dan janganlah pula sesuatu puak dari kaum perempuan merendahrendahkan
puak perempuan yang lain, (kerana) harus puak yang dicemuhkan
itu lebih baik daripada mereka; dan janganlah setengah kamu menyatakan
keaiban setengahnya yang lain; dan janganlah pula kamu panggil-memanggil
antara satu dengan yang lain dengan gelaran yang buruk. (Laranganlarangan
yang tersebut menyebabkan orang yang melakukannya menjadi
fasik, maka) amatlah buruknya sebutan nama fasik (kepada seseorang)
sesudah ia beriman. Dan (ingatlah), sesiapa yang tidak bertaubat (daripada
perbuatan fasiknya) maka merekalah orang-orang yang zalim. Wahai orangorang
yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan kerana
sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa; dan janganlah
kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang; dan
janganlah setengah kamu mengumpat setengahnya yang lain. Adakah
seseorang dari kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati?
(Jika demikian keadaan mengumpat) maka sudah tentu kamu jijik kepadanya.
(Oleh itu, patuhilah larangan-larangan yang tersebut) dan bertaqwalah kamu
kepada Allah; sesungguhnya Allah Penerima taubat, lagi Maha mengasihani.
Adalah malang jika medan perbahasan ilmiah dijadikan medan fitnah
memfitnah. Apatah lagi jika yang terlibat itu golongan agama. Kita
sepatutnya hanya berada dalam sempadan fakta dan angka sahaja. Jangan
terbabas ke peringkat tuduh menuduh secara tidak berakhlak. Ramai
pendakwah yang menjadi mangsa akhlak buruk ini. Kita juga berdukacita dan
bersimpati. Apatah lagi jika ahli fitnah memakai nama pihak berkuasa agama.
Namun saya katakan kepada para pendakwah yang difitnah; bersabarlah.
Telah pun difitnah sebelum ini para rasul yang mulia, sehingga Nabi
Muhammad s.a.w dituduh ahli sihir dan gila. Al-Imam al-Syafi'i r.h pernah
dituduh sebagai pendokong Syiah di zaman sehingga dia dihukum. Al-Imam
Al-Bukhari r.h pernah tuduh sebagai bersefahaman dengan Mu’tazilah
mengenai al-Quran, sehingga dia terpaksa keluar dari kampung halamannya.
Demikian sejarah dan sirah para ulama kesemuanya tidak sunyi dari mainan
golongan yang hasad dan khianat. Demikian tabiat dakwah ini yang sentiasa
menuntut keikhlasan dan pengorbanan.
Wahai mereka yang suka menuduh orang lain atas sentimen tanpa
bukti. Berhentilah, banyak kerja lain yang patut kita buat. Jangan jumud.
Sekarang dunia moden, banyak pengetahuan boleh dicari hanya dengan
beberapa clik di hadapan internet. Jika kita tidak larat fikir, jangan halang
orang lain mencari maklumat dan berfikir. Tunjukkan imej keistimewaan Islam
itu dengan mengizin keperbagaian pemikiran hidup dalam iklim yang
harmoni selagi tiada penipuan dan pengkhianatan. Dunia fakta hanya
dimasuki oleh manusia yang cintakan ilmu. Bukan yang suka mengkafirkan
orang tanpa sebab atau menuduh orang wahabi hanya kerana tidak berkenan
di hati.

Saturday, December 6, 2008

KAMON LA MELAYU

salam.. sekarang ni hangat pasal kumpulan yg mempertahankan melayu..tau2 ja lah kumpulan apa kan.. mm.. ntah la mana datang, sy pun tak tau.. tp bg sy, bila camni, orang yg ada dalam tu, seolah-olah bergantung pada kumpulan pelik mereka ni.. padahal kita seharusnya bergantung hidup pada Allah swt.. tak kira hal sebesar mana pun.. pada Allah la tempat kita bergantung harap..



lagi satu masalah, dengar kata, kumpulan ni nak pertahankan melayu la konon2nya.. tp yg kita nampak sekarang, kumpulan ni bukan pertahankan melayu, bahkan, menjatuhkan maruah orang melayu. mana tak nya.. kalau ada bergaduh sikit, mst geng2 ni yg datang buat lebih2.. kalau diorang buat apa, orang lain tak boleh bangkang.. kalau bangkang, mula la nak bergaduh..

tolong la.. bukan cara ni la kita nak satu padukan kaum.,...



lagipun, bg saya, kum tak penting.. yg penting agama kita.. apa kata teguhkan agama islam. bukankh bnd tu lagi penting dalam hidup kita.. nak kata nak pertahankan melayu saja, sekarang ni, ada melayu yg macam bukan melayu.. kalau tak percaya, pi kat gurney, malam2 minggu.. orang melayu minum arak tanpa rasa bersalah sikit pun.. kamon la kumpulan ni..



bukan ni la cara nak perteguhkan agama.. ni cuma memecah belahkan kaum, n merosakkan hubungan saudara dalam islam...



mm.. yg mana terasa, terasa la ok.. ni adalah kenyataan..



semoga Allah memberikan petunjuk pada kita..



DAN HANYA PADA ALLAH SAHAJA LAH TEMPAT KITA BERGANTUNG...



BUKAN KUMPULAN.....

Wednesday, October 29, 2008

LAYUNYA MELAYU

>"Sesungguhnya tidak ada yang lebih menyayat
dari melihat bangsaku dijajah
tidak ada yang lebih menyedihkan
dari membiarkan bangsaku dihina"

Aku lihat layu dalam Melayu
Aku pasti bukan aku seorang sahaja yang nampak
Ada juga bercadang bertanya tuan punya
Tapi bercampur risau dengan tak tergamak
Nanti di kata tak bersyukur
Di kata tak sedar diri
Jadi aku menyendiri memerhati
Dan akhirnya mengakui
Yang kita sendiri membiarkan bunga raya layu ke kanan
Dan dibiar bunga tak cantik mekar di kiri

Aku lihat layu dalam Melayu
Tanah air kita yang punya kita siram kita baja
Tapi angin api kita lupa
Mereka merancang masa menjilat bangsa
13 Harimau bertukar menjadi mangsa
Kita lupa nenek moyang kaya raya
Jangan sekali- kali di gadai harta bendanya
Ku lihat layu dalam Melayu
Ku lihat layu dalam Melayu
Ku lihat layu dalam Melayu

Takkan Melayu hilang di dunia
Ya.Tapi apa guna tak hilang di dunia
Kalau kewujudan tidak dirasa
Petah berbahasa kudrat tak berjasa
Orang berbudi kita hanya tahu merasa
Selalu lari bila di rapat
Selalu malu bila soalan di aju
Selalu segan memberi pendapat
Rela mengikut dari meneraju
Belum nyanyi sudah bersorak
Suka berjanji dalam borak
Bukan kata tak ada otak
Cuma tak berfikir di luar kotak
Ku lihat layu dalam melayu
Ku lihat layu dalam melayu
Ku lihat layu dalam melayu

Aku jadi sayu
Bunga menangis dia mendayu
Mahu jadi cantik tapi ragu
Aku merayu
Bangunlah semula hidup kembali
Jangan tunggu matahari mati
Cepatlah mekar sebelum terlerai
Perjuangan kita belum selesai
Perjuangan kita belum selesai
Perjuangan kita belum selesai

"Perjuangan kita belum selesai
Kerana hanya yang cekal dan tabah
dapat membina mercu tanda
bangsanya yang berjaya"

(dari lagu LAYU, album malique)

Sunday, September 7, 2008

???

Free Image Hosting at www.ImageShack.us

QuickPost Quickpost this image to Myspace, Digg, Facebook, and others!

Thursday, September 4, 2008

Puasa Tidak Boleh Berpisah Dari Dalil Sunah

**Artikel lepas tulisan Dr Mohd Asri yang dicadangkan untuk bacaan bersempena dengan Ramadhan ini** 

TIADA siapa pun yang beriman dapat menafikan bahawa pengamalan agama ini hendaklah berteraskan apa yang dijelaskan oleh Rasulullah s.a.w. Baginda adalah tempat rujukan tanpa sebarang pertikaian mengenai hakikat Islam dan cara ibadah dalam Islam.

Seorang agamawan sama ada dia sarjana besar, atau memiliki puluhan Ph.D sekalipun, mufti atau siapa sahaja, jika huraiannya mengenai agama ini tidak selaras dengan dalil-dalil sunah Nabi maka ia tidak diterima.


Penolakan terhadap sunah Rasulullah berlaku dalam dua bentuk; pertama; golongan yang menolaknya secara prinsip iaitu golongan antihadis. Mereka ini pada hakikatnya menolak nas-nas al-Quran itu sendiri yang menyuruh agar kita mengikuti Rasulullah.

Kelompok kedua mereka tidak mendakwa menolak sunah Nabi. Tetapi apabila mereka dapati nas-nas hadis yang tidak bersesuaian dengan selera, kepentingan, kebiasaan atau adat mereka, maka berbagai-bagai alasan diberikan agar dimandulkan isi kandungan hadis berkenaan sekalipun jelas kepada mereka kebenaran hadis tersebut.

Bukan kerana mereka tidak tahu hadis adalah rujukan yang benar dalam Islam namun kerana enggan mengubah kebiasaan atau ketaksuban terhadap pendapat yang diikuti sejak sekian lama.

Tokoh-tokoh cendekiawan Islam yang agung seperti para imam mazhab yang empat dan selain mereka sering menegaskan agar hal yang seperti ini tidak boleh dilakukan oleh seorang Muslim. Sebagai contohnya apa yang disebut oleh tokoh sarjana kita, al-Imam al-Syafii yang melambangkan ketaatan kepada nas-nas sunah dan kebebasan dirinya yang agung dari ketaksuban pendapat.

Beliau pernah berkata: “Setiap apa yang aku ucapkan lalu didapati hadis yang sahih yang diriwayatkan daripada Rasulullah menyanggahi pendapatku, maka hadis itu yang lebih utama, jangan kamu mengikutiku.” (Al-Zahabi, Siyar A’lam al-Nubala. 10/34, Beirut: Muassasah al-Risalah). Katanya juga: “Jika kamu dapati apa yang ada di dalam bukuku menyanggahi sunah Rasulullah s.a.w. maka berpeganglah dengan sunnah dan tinggalkanlah pendapatku.” (Al-Zahabi, Siyar A’ lam al-Nubala. 10/34).

Kata seorang rawi hadis yang besar iaitu al-Humaidi (meninggal 219H): Suatu hari al-Syafii meriwayatkan sebuah hadis. Aku bertanya: “Apakah engkau akan berpegang dengannya?” Dia menjawab: “Apakah engkau menganggap aku ini datang dari gereja, atau memakai tali pinggang Kristian sampai apabila aku mendengar sesuatu hadis daripada Rasulullah s.a.w. lalu aku tidak berpegang dengannya.” (Al-Zahabi, Siyar A’lam al-Nubala. 10/35).

Juga al-Imam al-Syafii: “Setiap hadis daripada Nabi s.a.w. adalah pendapatku, sekalipun kamu tidak mendengarnya daripadaku.” (Al-Zahabi, Siyar A’lam al-Nubala. 10/35). Katanya lagi: “Manusia telah sepakat bahawa sesiapa yang telah ternyata kepadanya sesuatu sunah daripada RasululLah s.a.w. maka tidak boleh dia meninggalkannya kerana pendapat seseorang dari kalangan manusia.” (Ibn Qayyim al-Jauziyyah, ‘Ilam al-Muwaqqi‘iin, 2/263).


Juga katanya: “Setiap perkara yang aku telah perkatakannya, sedangkan ada riwayat yang sahih di sisi ulama hadis daripada Nabi yang menyanggahi apa yang aku ucapkan, maka aku menarik balik ucapanku semasa hidupku dan selepas mati.” (Ibn Qayyim al-Jauziyyah, ‘Ilam al-Muwaqqi‘iin, 2/266). Sehingga beliau berkata: “Apabila sahihnya sesuatu hadis maka itulah mazhabku.” (Al- Zahabi, Siyar A’lam al-Nubala. 10/35).

Inilah imam yang agung. Melarang kita taksub kepada pandangannya tanpa melihat dalil sunah daripada Rasulullah. Demikian juga imam-imam agung yang lain, menyatakan pendirian yang sama.

Malangnya, ada orang mendakwa pengikut mazhab imam-imam ini lebih lajak dari laju sehingga mendakwa seseorang tidak boleh mengambil pendapat lain selain mazhab tertentu.

Kita sepatutnya mencontohi akhlak terhadap Rasulullah yang ditunjukkan oleh para imam kita ini. Kesopanan yang tinggi terhadap inti kandungan sunah Nabi dan seruannya agar semua pihak membebaskan diri dari ketaksuban.

Berbalik kepada kehidupan kita, kadang-kala kebiasaan mengongkong kita lebih dari dalil dan nas-nas agama. Umpamanya kadangkala lihat wanita yang menutup aurat, tetapi apabila hendak bersolat dia seakan tidak mampu selagi tidak memakai telekung putih yang menjadi kebiasaan orang Nusantara.

Saya bukan menyalahkan pakaian tersebut. Seseorang boleh memakainya jika dia mahu. Tetapi keterikatan dengan ‘uniform’ yang seperti itu boleh membebankan diri dan melupakan kita bahawa dengan pakaian yang ada sudah memadai. Sehingga ada yang menangguh solat hanya kerana tertinggal telekungnya.

Apabila saya memperkatakan tentang pemandu bas perjalanan jauh boleh berbuka puasa kerana musafir, ramai yang bersetuju. Tetapi apabila saya menyebut mereka sepatutnya berbuka puasa, bahkan disuruh berbuka puasa jika puasa itu mengganggu tumpuan pemanduan mereka lalu membahayakan nyawanya dan penumpang dan jika dia berpuasa juga dia menyanggahi petunjuk agama ini, ada pihak yang bertanya saya; apakah sampai hendak disuruh buka, setakat diberikan pilihan itu, tidak mengapalah?!

Saya beritahu kepada mereka bahawa dalam hadis;

Rasulullah dalam satu perjalanan lalu mellihat orang ramai berkumpul dan seorang lelaki yang dipayung (kerana terlalu teruk berpuasa). Lalu baginda bertanya: Kenapa? Mereka menjawab: Dia berpuasa. Baginda bersabda: Bukanlah sesuatu yang baik itu, berpuasa ketika musafir (riwayat al-Bukhari).

Hadis ini adalah ulasan Nabi terhadap lelaki berkenaan yang mana puasanya telah membawa mudarat kepada dirinya sendiri. Maka baginda menyatakan bukan satu perkara yang dianggap baik dalam Islam berpuasa ketika musafir sehingga memudaratkan diri. Jika memudaratkan diri disebabkan berpuasa ketika musafir dibantahi oleh Rasulullah bagaimana pula dengan pemandu bas yang jika puasanya boleh memudaratkan dirinya, penumpang yang ramai di belakangnya dan pengguna jalanraya yang lain? Tentulah mereka ini lebih utama untuk berbuka lebih dari lelaki dalam hadis di atas.

Dalam banyak hal, kita kurang bertanya dalil mengenai amalan agama kita, melainkan berdasarkan ikutan yang sudah menjadi kebiasaan semata. Ada orang yang sakit mata dan telinga berkata; saya terpaksa menanggung kesakitan sepanjang hari kerana jika saya titikkan ubat saya nanti batal puasa saya.

Saya bertanya dia; siapa yang menyatakan batal? Dia berkata: Ramai yang kata macam itu. Saya kata kepadanya:

Dalam hadis disebutkan: Rasulullah s.a.w. bercelak sedangkan baginda berpuasa (riwayat Ibn Majah, dinilai sahih oleh al-Albani). 

Jika memasukkan sesuatu ke daerah mata atau setiap rongga membatalkan puasa, tentu baginda tidak lakukan.

Demikian juga anggapan ramai pihak bahawa seseorang yang mandi disebabkan keletihan atau terlalu dahaga pada bulan Ramadan, mengurangkan pahala puasanya. Ada yang menambah, sesiapa yang mandi selepas waktu asar, juga berkurangan pahala puasanya. Sedang di dalam hadis yang sahih yang diriwayatkan oleh al- Imam Malik di dalam al-Mawata’, Ahmad dan Abu Daud: Abu Bakar bin Abd al-Rahman meriwayatkan:

“Telah berkata sahabah yang menceritakan kepadaku: “Aku melihat Rasulullah s.a.w. di al-‘Arj (nama tempat) mencurahkan air ke atas kepala baginda ketika baginda berpuasa disebabkan dahaga atau panas.”

Dengan itu Ibn Qudamah al-Maqdisi (meninggal 620H) menyatakan:

“Tidak mengapa seseorang mencurahkan air ke atas kapalanya (ketika puasa) disebabkan panas atau dahaga kerana diriwayatkan oleh sebahagian sahabah bahawa mereka melihat Rasulullah di al-‘Arj (nama tempat) mencurahkan air ke atas kepala baginda ketika baginda berpuasa disebabkan dahaga atau panas.” (Ibn Qudamah al-Maqdisi, al-Mughni, 2/18, Beirut: Dar al-Fikr).

Maka tidak menjadi kesalahan mereka yang letih atau kekeringan ketika bertugas membasahkan kepala atau mandi demi menambahkan kesegaran dan meneruskan urusan. Agama ini sangat rasional. Ia tidak menyuruh kita keletihan dan tersandar sepanjang hari.

Dalam sunah kita disunatkan berbuka puasa dengan rutab, jika tidak ada dengan tamar, jika tidak dengan air. Rutab ialah buah kurma yang masak sebelum menjadi tamar kering, ianya lembut dan manis.

Adapun tamar adalah kurma yang sudah kering. (lihat: al-Mu‘jam al-Wasit 1/88). Faedah kesihatan juga terbukti secara saintifik berbuka dengan rutab atau tamar. Sesetengah menganggap jika ada air zamzam itu lebih baik.

Sebenarnya, dakwaan seperti ini tidak berteraskan hadis.

Anas katanya: Bahawa Rasulullah s.a.w. berbuka dengan puasa sebelum bersolat dengan beberapa biji rutab, sekiranya tiada rutab maka dengan beberapa biji tamar, dan sekiranya tiada tamar maka baginda minum beberapa teguk air. (Riwayat al-Imam Ahmad dan al-Tirmizi, Al-Diya al-Maqdisi menilai hadis ini sebagai sahih).

Kata al-Mubarakfuri (meninggal 1353H): Hadis ini menjadi dalil disunatkan berbuka puasa dengan rutab, sekiranya tiada maka dengan tamar, dan sekiranya tiada maka dengan air…

Adapun pendapat yang menyatakan di Mekah disunatkan didahulukan air zamzam sebelum tamar, atau mencampurkan tamar dengan air zamzam adalah ditolak. Ini kerana ia menyanggahi sunah. Adapun Nabi telah berpuasa (di Mekah) banyak hari pada tahun pembukaan kota Mekah namun tidak pernah diriwayatkan baginda menyalahi adat kebiasaannya mendahulukan tamar sebelum air. (al-Mubarakfuri, Tuhfah al-Ahwazi, 3/311, Beirut: Dar al- Kutub al-‘Ilmiyyah).

Demikian sesetengah kita, akan berhenti memakan sahur apabila melihat jadual waktu imsak yang disebarkan oleh kebanyakan pihak. Jadual itu biasanya akan menetapkan waktu berpuasa lebih awal dari masuknya waktu solat subuh.

Padahal al-Quran menyebut: (maksudnya): Makan dan minumlah kamu sehingga ternyata benang putih dari benang hitam dari waktu fajar, kemudian sempurnakanlah puasa sehingga waktu malam (surah al-Baqarah: 187).

Dalam hadis al-Bukhari dan Muslim, Nabi menyebut dengan jelas: Makan dan minumlah sehingga azan Ibn Ummi Maktum, kerana beliau tidak akan azan melainkan setelah masuk waktu fajar (subuh).

Ibn Ummi Maktum adalah muazzin Nabi. Baginda mengajar kita dalam hadis ini agar kita boleh bersahur sehingga masuknya waktu solat subuh. Apabila waktu solat subuh, bererti waktu sahur berakhir. Baginda tidak pula menyebut beberapa ketika atau setengah jam sebelum subuh. Bahkan dalam hadis Abu Daud dan Ahmad baginda memberikan kelonggaran yang lebih luas untuk umatnya.

Baginda bersabda: Apabila seseorang kamu mendengar azan sedangkan bekas minuman berada di tangannya, maka janganlah dia meletakkannya sehingga selesai hajatnya (dinilai sahih oleh al-Albani). Baginda tidak menyuruh seseorang meludah atau memuntahkan apa yang ada dalam mulut apabila mendengar azan seperti pendapat sesetengah orang. Islam itu mudah dan praktikal.

Ada orang kata, dia tidak dapat terima pendapat ini. Saya katakan kepadanya: Ini hadis bukan pendapat. Dia kata: Saya pakai pendapat orang ramai. Saya katakan: Agama berdasarkan dalil, bukan emosi.

Dalam hadis disebut “Apabila telah dihidangkan makan malam, maka mulakanlah dengan makanan sebelum kamu menunaikan solat maghrib, dan jangan kamu tergopoh-gapah ketika makan malam kamu.” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).

Dalam hadis yang lain baginda bersabda:

Apabila dihidangkan makan malam seseorang kamu, sedangkan solat (jamaah) telah didirikan, maka mulailah dengan makan malam. Janganlah dia tergopoh-gapah sehinggalah dia selesai. (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).

Tujuan hadis ini agar solat tidak diganggu oleh ingatan kepada makanan. Makanlah dengan sederhana kemudian bersolatlah. Namun ramai yang apabila hidangan berbuka puasa di hadapan matanya dan keinginannya pula tinggi, lalu dia meninggalkan hidangan pergi menunaikan solat dengan hati yang tidak fokus. Seakan itu petunjuk agama. Sebenarnya petunjuk Nabi bukan demikian. Baginda lebih memahami jiwa insan.

Kata al-Nawawi (meninggal 676H): Di dalam hadis- hadis tersebut menunjukkan dimakruhkan solat apabila terhidangnya makanan yang hendak dimakan kerana ianya boleh mengganggu hati dan menghilangkan kesempurnaan khusyuk. (al-Nawawi, Syarh Sahih Muslim, 4/208, Beirut: Dar al-Khair).

Apa yang ingin saya jelaskan, betapa pentingnya agama ini dibina di atas dalil. Sesiapa sahaja yang berbicara tentang agama, sehebat mana dia, mintalah kemukakan dalil syarak. Agar agama tidak menjadi jualan murah yang diberi lesen kepada sesiapa sahaja untuk mewakili Allah dan Rasul-Nya tanpa bukti.

Contoh-contoh puasa adalah sempena Ramadan yang masih kita lalui. Banyak lagi contoh lain jika ingin dibicarakan.

Semoga puasa kita mendekatkan kita kepada sumber yang agung; al-Quran dan al-sunah.


(dipetik dari www.drmaza.com)

Sunday, August 31, 2008

Selamat berpuasa

salam.. selamat berpuasa kepada semua.. semoga pada bulan yg mulia ini, dapat kita tingkatkan ibadah kita kepada tuhan yg maha esa.. sesungguhnya telah allah belenggu syaitan supaya mudah bagi hambanya beribadah kepadaNya.. 

ada perkara yg ingin sy kongsi bersama kalian.. 

 niat.. ingatlah sahabat2, tidak ada niat yg dilafazkan.. niat hanya dalam hati.. bukan sebagaimana yg diturunkan dari kita oleh orang tua2.. NAWAITU....... apakah apabila disebut satu perkara tu, ia dikatakan niat? tidak! itu dikatakan lafaz.. so, niat hanya dalam hati.. tak da lafaz2 yg selalu kita buat tu.. lagipun, ingatlah kawan2, tak da riwayat hadis yg mengatakan bahawa rasulullah pernah melafazkan niat.. so, adakah dengan lafazkan niat ni kita rasa apa yg nabi buat tu tak cukup baik? renungkanlaah.. jauhkan diri dari bidaah...

semoga ramadhan kali ini membawa sejuta makna dalam hidup kita bersama..

Wednesday, August 27, 2008

islam DISINGKIR kerana kepentingan manusia..

sedih apabila mengenangkan nasib agama islam yg dahulunya gah di dunia ini sebagai kuasa yg amat besar.. ini semua adalah kerana perjuangan umat islam pada masa itu adalah KERANA ALLAH.. tidak dicampurkan kepentingan peribadi dalam urusan agama.. maka, islam menjadi satu kuasa yg kuat..

tapi malang sekali, dengan hilangnya ramai ulamak2 yg berkaliber, islam makin malap.. yg tinggal hanya sedikit sahaja.. itu pun ditolak oleh umat islam yg lain.. kerana apa? kerana kita terlalu menjaga kepentingan kita daripada menjadi kepentingan agama..

sy fokuskan masalah ini di malaysia.. dapat kita lihat dengan jelas, makin ramai yg muncul kembali untuk menegakkan agama islam yg suci iaitu yg berpandukan nas quran dan hadis.. tapi malang sekali, apabila ada pihak yg sanggup menolak dakwah tersebut kerana mereka mengutamakan adat yg diamalkan oleh orang tua2 mereka.. apakah mereka lupa bahawa apa yg dibawa oleh pendakwah2 ini adalah risalah quran kalam Allah dan hadis rasulullah.. bagaimana mereka sanggup menolak perkara ini??

kalau yg menolak hal ini adalah kalangan orang2 kampung, mungkin boleh kita fikir lagi logik akal kerana sesetengah dari mereka ada yg tidak benar2 mengenali agama.. tapi, bila orang2 yg dikatakan atau digelar ustaz sendiri menolak dakwah yg berpandukan quran dan hadis ni, tidakkah kita merasa pelik dengan keadaan ini.. bagaimana mungkin mereka menolak hadis rasulullah dan quran?

alasan paling popular yg akan diberikan oleh kebanyakan orang yg menolak pendekatan baru ini adalah, "ISH, BENDA NI USTAZ SAYA ADA BAGITAU MACAM LAIN DULU TIME SY BLAJAR. TAKKAN LA USTAZ SY TAK TAU AGAMA KOT"

amat pelik apabila jawapan itu diberikan.. adakah mereka lupa, bahawa di akhirat nnt, bukan ustaz mereka yg akan menolong mereka tapi hny rasulullah? kalau mereka tau, kenapa mereka nak ikut ustaz mereka lagi jika benar apa yg mereka pelajari itu tidak berlandaskan sunnah?

fikirlah...

Sunday, June 15, 2008

welcome....

Friday, June 13, 2008

KESEDARAN PEMIMPIN DENGAN KANAIKAN HARGA MINYAK

Umar abdul aziz.. satu nama yg amat gemilang dalam dunia islam. antara pemerintah yg disegani dalam sejarah pemerintahan dunia.. apabila kita menghayati bagaimana kisah hidup beliau, maka kontras yg amat sangat dapat kita lihat dengan pemerintah zaman sekarang.. terutamanya pemerintah islam.. adakah kita menjadikan beliau sebagai contoh dalam hidup kita..

pelik sekali dengan pemerintah sekarang.. mengapa mereka harus utamakan diri mereka daripada rakyat? adakah negara ini dibina untuk hanya menyenangkan pemerintah? dimana maruah seorang pemerintah bila melihat rakyatnya menderita kesusahan sedangkan mereka gembira kesenangan? di manakah maruah seorang pemimpin yg hanya membebankan rakyat padahal mereka tidak sedikitpun merasai bebanan yg mereka berikan kepada rakyat?

bukan tujuan sy untuk menjatuhkan maruah pemerintah disini.. tp hanya sekadar renungan..

bayangkan, pada zaman pemerintahan umar abdul aziz, rakyatnya sendiri merasa tidak layak untuk menerima zakat.. mengapa? kerana mereka berkata bahawa andai seorang yg susah yg perlukan zakat dalam negara itu, orang itu adalah pemerintah mereka sendiri iaitu umar abdul aziz..

itulah yg dinamakan pemerintah.. mereka tahu, kehidupan sebagai seorang pemerintah amat susah.. telah Allah janjikan azab yg pedih kepada pemerintah yg tak adil.. azab?? mungkin pemerintah zaman sekarang tidak memahami apa itu erti azab Allah sebagaimana Allah berfirman dalam al-quran tentang azab-Nya yg pedih..

selalu kita tgk, dalam rancangan bersamamu terbitan tv3.. ramai orang2 dalam kesusahan hidup.. dimana pemerintah ketika itu? adakah mereka hanya menonton tv tanpa kesedaran dalam diri.. juga sebagai pemerintah, bagaimana mereka menguruskan amanah rakyat dalam zakat?

setiap tahun mereka hanya mengumumkan keuntungan zakat.. adakah mereka anggap zakat ini sebagai perniagaan? kemana perginya duit ratusan jutaan ringgit yg diberikan rakyat untuk membantu orang yg memerlukan? adakah zakat hanya dikutip sebagai "cukup syarat" saja bg mereka... sedarlah wahai pemerintah... tanggungjawap anda amat berat.. anda menanggung negara.. bukan hanya keluarga.. anda menanggung jutaan orang.. bukan hanya seorang dua...

bertindaklah dengan adil wahai pemerintah.. janganlah disebabkan kuasa yg Allah berikan sementara itu anda lupa kepada Allah yg mencipta anda.. dimanakah pegangan agamamu wahai pemerintah? adakah anda terlalu sibuk menguruskan hal dunia sehingga terlupa tentang azab Allah kepada pemerintah yg tidak adil?

yang menjadi tanda tanya, apakah peranan raja dalam pemerintahan negara? adakah raja berfungsi dalam pemerintahan? ataupun sekadar menjadi ketua agama bagi tiap2 negeri?
pelik bila memikirkan tentang peranan raja.. yg mereka tahu, guna jutaan ringgit semata2 untuk memperbaiki kediaman mereka.. mengapa tidak wang itu digunakan untuk kepentingan rakyat? mengapa harus digunakan begitu banyak wang untuk mereka?
sedangkan wang itu hasil dari rakyat? maka bukankah wang itu juga untuk rakyat? kenapa perlu untuk mereka menghabiskan sesuka hati mereka?

hanya Allah yg mengetahui apa yg ada dalam pemikiran mereka.. semoga Allah memberikan hidayah kepada mereka untuk balik kepada agama Allah.. untuk mereka menyedari hakikat sebagai seorang pemerintah...

wallahu a`lam...

Tuesday, April 29, 2008

JANGAN PERBESARKAN KISAH SUFIAH

Diminta supaya cerita malang gadis genius matematik, Sufiah Yusof tidak diperbesarkan lagi oleh media kerana ia hanya memberi gambaran negatif terhadap agama Islam.

Katanya, penyebaran berita mengenai Sufiah oleh media Barat nyata cuba mengaitkan status agamanya untuk memberikan perspektif buruk mengenai Islam selain dijadikan bahan melariskan akhbar atau laman web media masing-masing.

“Media Barat jelas mempunyai agenda. Jika benar mereka mahu membongkar sesuatu permasalahan umpamanya kisah Sufiah ini, sepatutnya mereka tidak menyatakan namanya dalam penulisan itu, cukup sekadar menyatakan secara bayangan sahaja,” katanya kepada Utusan Malaysia di pejabatnya di sini hari ini.

Mohd. Asri berkata, pengakuan Sufiah yang tidak menyesal dengan ‘pekerjaan’ yang dilakukannya itu kemungkinan dibuat setelah gadis itu berasa sangat kecewa sejak berita mengenainya tersebar.

“Lazimnya, orang yang cerdik atau genius mempunyai tahap keberanian yang tinggi dan mungkin momokan keterlaluan mengenainya menyebabkan dia membuat pengakuan berani itu,” katanya.

Mohd. Asri mengulas mengenai nasib Sufiah, yang pernah menarik perhatian dunia apabila diterima masuk ke Universiti Oxford pada usia semuda 13 tahun, 10 tahun lalu.

Kisah Sufiah yang menjadi pekerja seks di London, didedahkan oleh wartawan News of the World (NOTW) setelah menyamar sebagai pelanggannya.

Gadis itu dikatakan terbabit dalam kegiatan tidak bermoral tersebut untuk menyara hidup dan pengajiannya sejak beberapa tahun lalu.

Kegiatannya terbongkar apabila wartawan terbabit menemui iklan Sufiah mengenai ‘khidmatnya’ di Internet.

Pendedahan akhbar tabloid itu kemudian dipetik dan dimuatkan dalam kebanyakan akhbar tempatan.

Sufiah merupakan anak ketiga hasil perkongsian hidup ibunya, Halimahton yang berasal dari Muar, Johor dengan Yusof Farooq yang berbangsa Pakistan.

Yusof kini dipenjara atas kesalahan melakukan serangan seksual ke atas dua gadis berusia 15 tahun yang mengikuti tuisyen matematik di rumahnya.

sumber: Utusan Malaysia

Saturday, April 12, 2008

HANTU KUBURAN

Dari abu hurairah r.a. katanya rasulullah saw. Bersabda, “tidak ada penularan, tidak ada mayat gentayangan menjadi hantu kuburan, tidak ada binatang tertentu muncul menyebabkan hujan, dan tidak ada tabu di bulan safar.(maksud hadis ini jelas membanteras kepercayaan jahiliyah kepada tahyul dan khurafat.)

Dari jabir r.a. katanya rasulullah saw bersabda, “tidak ada penularan, tidak ada pengaruh atau tanda bahaya suara burung, dan tidak ada hantu.”


DUDUK ATAS KUBURAN

assalamualaikum...

dari abu murtsadi al ghanawi r.a. katanya rasulullah saw. bersabda, 'JANGANLAH KAMU DUDUK DIATAS KUBURAN, DAN JANGAN PULA KAMU SHALAT MENGHADAP KE KUBURAN"() hadis sahih riwayat muslim..

masalah yg kita hadapi sekarang adalah, apabila sampai musim raya, kita akan pergi ke kuburan kan?

membaca doa kepada kaum keluarga yg mati. tapi, kita perasan tak yg kadang2 kita duduk atas kuburan berhampiran? ini dilarang dengan keras oleh rasulullah saw. dalam riwayat hadis sahih yg lain, nabi bersabda bahawa duduk diatas bara api hingga terbakar adalah lebih baik dari duduk atas kuburan,.

MEMBENCi BAPAK

dari Abu Hurairah katanya, Rasulullah saw. bersabda,"JANGANLAH KAMU MEMBENCI BAPAKMU. SIAPA YG BENCI KEPADA BAPAKNYA, MAKA DIA KAFIR"

dari sa`ad bin abu waqqash r.a., katanya dia mendengar rasulullah saw. bersabda,"SIAPA YG MENGAKU "BAPAK" KEPADA ORANG LAIN, PADAHAL DIA SEDAR BAHAWA ORANG ITU BUKAN BAPAKNYA, MAKA HARAM SYURGA BAGINYA. KATA abu bakrah r.a., "aku mendengar pula rasulullah berkata demikian""

TANGAN KIRI

dari jabir r.a., dari rasulullahsaw. sabdanya, "JANGANLAH KAMU MAKAN DENGAN TANGAN KIRI, KERANA HANYA SYAITAN YANG MAKAN DENGAN TANGAN KIRI"

Dari iyas bin salamah bin akwa` r.a., dia mengatakan bahawa bapaknya menceritakan kepadanya, “seorang laki-laki makan dekat rasulullah saw, dengan tangan kiri. Maka besabda beliau kepadanya, “makanlah dengan tangan kanan!” jawap orang itu, “aku tidak bisa!” sabda rasulullahsaw, “tidak bisa? Tidak ada orang yang melarangmu melainkan perasaan sombongmu.” Kata iyas, ‘orang itu benar-benar menjadi tidak dapat mengangkat tangan ke mulutnya.”

GAMBAR LUKISAN HAIWAN DARI PANDANGAN SUNNAH

dari abu hurairah r.a., katanya rasulullah saw. bersabda, "MALAIKAT TIDAK MAHU MASUK KE RUMAH YANG DALAMNYA TERDAPAT PIGURA-PIGURA DAN GAMBAR-GAMBAR (HAIWAN)"

Thursday, April 10, 2008

BAGAIMANA CARA MEMAKAI TUDUNG MENGIKUT ISLAM

assalamualaikum... kepda saudari2... kadang2 kita tak perasan adakah dengan hanya menutup kepala dengan tudung dah cukup bg syarat kita untuk tutup aurat dalam islam? adakah kita benar2 menutup aurat sebagaimana yg disyariatkan wahai saudari...

kebanyakan perempuan pakai tudung tapi tak kena dgn cara yg sepatutnya. contohnya, apabila pakai tudung, mereka akan SELAK TUDUNG KETEPI DAN TAK MEMBIARKAN TUDUNG ITU TURUN MENUTUPI DADA.

itu adalah cara memakai tudung yg salah... apabila memakai tudung, sebagaimana ALLAH telah berfirman dalam ayat hijab, WANITA HENDAKLAH MELABUHKANN TUDUNGNYA HINGGA KE DADA..

so, saya harap mana2 perempuan yg pakai tudung, tapi selak tudung tu ketepi, menurunkan tudung mereka..

semoga ALLAH membuka hati kita untuk bertaubat kepada-NYA..

wallahua`lam...

assalamalaikum...

Monday, April 7, 2008

LARANGAN BERLEBIH-LEBIHAN DALAM AGAMA

menahan diri dari memakan roti, daging dan meminum air adalah BIDA`AH YG DIKEJI sebagaiman yg diriwayatkan oleh Ibnu Abbas dan sahih yg terdapat didalah shahih bukhary yg berbunyi, "sesungguhnya rasulullah saw. telah melihat seorang lelaki berdiri ditengah panas matahari dan bersabda; apa ini?. mereka(sahabat) pun berkata bapa israil telah bernazar untuk berdiri di tengah panas tidak mahu perlindungan juga bercakap dan dia berpuasa. bersabda rasulullah saw. yg bermaksud; Suruhlah ia duduk, berteduh, bercakap dan menyempurnakan puasanya(dengan berbuka)

didalam shahih bukhary, dan muslim daripada Anas r.a. sesungguhnya beberapa lelaki telah bertanya tentang ibadat rasulullahsaw. dan seolah-olah mereka merasa kekurangan didalam amalan ibadat mereka.

mereka pun berkata siapakah antara kita yg menyerupai rasulullah saw? berkatalah salah seorang daripada mereka; adapun aku berpuasa dan tidak berbuka. dan berkata yg lain; aku pula tidak makan daging. dan berkata yg lain pula; aku tidak mengahwini wanita.

maka rasulullah saw.bersabda maksudnya; apakah yg terjadi pada para lelaki yg berkata begini dan begitu tetapi aku berpuasa dan aku berbuka,aku bangun malam dan aku tidur, aku makan daging dan mengahwini wanita. maka barangsiapa yg menjauhi sunnahku tidaklah mereka dariku.

KURAFAT DI KALANGAN ORANG MELAYU

assalamualaikum..

bom oh... satu perkataan yg tidak asing lagi dalam masyarakat melayu.. kita ni, kalau ada sakit sikit apa2, semua kita tuduh yg buat.. muslimin muslimat sekalian, berhentilah mempercayai bomoh2 ini semua.. maksud sy bomoh2 yg kufur ni.. kalau setakat bomoh urut patah tu, tak pa la.. tak pun orang yang mengubat dengan ayat2 al`quran.. ada masyrakat kita yg tak dapat bezakan antara bomoh yg kufur dgn yg benar.. so, kita amik langkah berjaga2 la dalam hal ini. jgan libatkan diri kita dalam bnd2 ni..

secara tidak sedar, kita mungkin akan merosakkan akidah kita sebagai islam...

mempercayai dan bergantung selain dari Allah boleh membawa seseorang itu menjadi syirik.

mempercayai tangkal yg bomoh bg contohnya, untuk mengelakkan terkena perbuatan orang, itu dapat menjejaskan akidah kita sebagai umt islam..

subhanallah.. mari lah kita kembali kepada jalan yg benar iaitu al-quran dan sunnah.. apa gunanya tangkal2? sedangkan rasulullah saw.sendiri mengajar kita bagaimana cara untul mengelakkan diri dari gangguan jin dan syaitan?

adakah tangkal yg bomoh bg tu lebih mujarab dari apa yg diperkatakan oleh Nabi Muhammad saw.?

renungkanlah saudara2 islamku..

akidah adalah teras utama islam..

TIADA TUHAN YG DISEMBAH SELAIN ALLAH..

TIADA TEMPAT BERGANTUNG SELAIN ALLAH..

TIADA TEMPAT MEMINTA SELAIN ALLAH..

SAUDARA2 ISLAMKU,,,,

MARILAH..

KEMBALI KITA KEPDA SUNNAH RASULULLAH..

JAUHKAN KURAFAT DAN BIDA`AH..

Friday, April 4, 2008

RANCANGAN SEEKERS (MENCARI HANTU) BERTENTANGAN DENGAN HADIS RASULULLAH!!!

SUBHANALLAH.. KEPADA UNCLE SEEKERS.. HENTIANKAN PENCARIAN HANTU YG BOLEH MENJEJASKAN AKIDAH ANDA! TELAH TERTULIS DALAM HADIS SHAHIH MUSLIM, Dari abu hurairah r.a. katanya rasulullah saw. Bersabda, “tidak ada penularan, tidak ada mayat gentayangan menjadi hantu kuburan, tidak ada binatang tertentu muncul menyebabkan hujan, dan tidak ada tabu di bulan safar.(maksud hadis ini jelas membanteras kepercayaan jahiliyah kepada tahyul dan khurafat.) APADAH ANDA TIDAK BACA HADIS INI? ANDA TIDAK PERCAYA DENGAN APA YG DIKATAKAN RASULULLAH?


Tuesday, April 1, 2008

hadis Rasulullah mengenai cinta

hadis muslim no.2197.

dari abu hurairah r.a. katanya Rasulullah saw. bersabda, "sesungguhnya Allah Ta`ala berfirman pada hari kiamat kelak, "mana orang2 yg saling mencintai kerana keagungan-Ku? hari ini Kunaungi mereka, dimana tidak ada naungan yang lain selain naungan-Ku."

hadis muslim no. 2198,

dari abu hurairah r.a., dari Nabi s.a.w. sabdanya, "seorang laki-laki pergi mengunjungi saudaranya yg bermukim di negeri asing (jauh dari tempatnya bermukim). maka Allah Ta`ala mengirim sorang malaikat untuk menemaninya dalam perjalanan.setelah malaikat bertemu dengan orang itu, maka bertanya malaikat, "hendak kemana anda?" jawap orang itu, "aku hendak mengunjungi saudaraku dinegeri anu." tanya malaikat, "apakah anda hendak berkunjung ini kerana anda terhutang budi kepadanya?" jawap orang itu, "tidak! aku mencintainya semata-mata kerana Allah Ta`ala." kata malaikat, "sesungguhnya aku (malaikat) diutus Allah Ta`ala menemani anda, sebab anda mencintai saudaramu kerana Allah semata-mata

Monday, March 31, 2008

KEPADA SESIAPA YANG MEMPUNYAI SOALAN, ANDA BOLEH KEMUKAKAN DISINI DGN MEMBERIKAN KOMEN ANDA..

MENGAPA KITA PERLU KEMBALI KEPADA SUNNAH RASULULLAH DAN MENINGGALKAN AMALAN BIDAAH YG BERLAKU DI UMAT ISLAM KINI

Assalamualaikum...
mengapakah kita perlu kembali kepada sunnah rasulullah dan meninggalkan amalan bidaah yg diamalkan oleh umat islam zaman ini..

hadirin dan hadirat sekalian..
sangat mendukacitakan pada zaman kini, agama islam telah banyak ditokok tambah oleh orang2 yg tidak bertanggungjawap.. mengapakah hal ini dapat berlaku dalam agama islam?
ini adalah kerana, umat islam zaman ini, terutamanya di malaysia, mereka terlalu mengikut2 kehendak hati mereka dan terlalu mengikut citarasa manusia mereka, untuk menokok tambah dalam agama...
cukuplah dalam kehidupan seharian kita mengikut citarasa kita..
biarlah agama islam teguh dengan sunnah dan al`quran. tidak perlu bg kita untuk menokok tambah lagi apa2 yg sudah tersedia dalam agama.. kerana ada firman Allah yg bermakana, "pada hari ini telah aku sempurnakan agamamu..............." adakah dengan menokok tambah dalam agama menjadikan kita rasa lagi confident yg ita semakin dekat dari Allah?
adakah bagi kita apa yg ditinggalkan rasulullah masih lagi tidak cukup untuk kita dekatkan diri pada Allah?
alhamdulillah, sekarang ini telah kembali kuat golongan sunnah. golongan ini mengetepikan semua bnd2 baru dalam agama. mereka hanya berpandukan kepada apa yg dilakukan rasulullah dan sahabat2 rasulullah..
dalam pada ini, saya sertakan satu hadis rasulullah. rasulullah bersabda dalam hadis shahih riwayat imam muslim,no.1701, "dari aisyah r.a., katanya rasulullah saw bersabda, "siapa yg mengamalkan suatu amal(ibadat) yang tidak pernah kami lakukan, maka amalnya itu ditolak"..
satu lagi hadis shahih riwayat imam muslim, no.1700, "dari aisyah r.a., katanya rasulullah saw bersabda, "siapa yang mengada-ada urusan agama kami, yang kami tidak pernah mengadakannya, maka hal itu ditolak."
dengan hadis shahih diatas, telah kita maklumi, bahawa rasulullah sendiri tidak membenarkan mengada-adakan perkara baru dalam agam, maka, apakah gunanya kita mengadakan perkara baru?
satu lagi hadis shahih, meriwayatkan, pada suatu hari, telah datang seseorang kepada ibnu mas`ud.. beliau mengatakan kepada ibnu mas`ud bahawa dia telah berjumpa dengan satu golongan yg berzikir beramai2.. bg dia, tidaklah ada salahnya kerana mereka memuji tuhan yg esa. tetapi, ibnu mas`ud pergi kepada golongan tersebut lalu mengatakan, "celakalah kamu. nabi baru sahaja meninggal, baju baginda tidak lagi buruk, pinggan baginda tidak lagi pecah. sungguh cepat manusia berubah."
mengapakah ibnu mas`ud mengatakan demikian sedangkan mereka tidak melakukan kesalahan. mereka hanya berkumpul berzikir beramai2 sementara menunggu masuk waktu solat. ibnu mas`ud mengatakan demikian kerana beliau tidak pernah melihat rasulullah melakukan perkara tersebut.. begitu kuat pegangan sahabat rasulullah pada sunnah baginda..
contohilah sahabat.. marilah kita kembali kepada sunnah. semoga Allah meredhai amalan kita kepada-Nya..
wallahualam..
assalamualaikum

Sunday, March 30, 2008

IBADAT DALAM AGAMA

dari aisyah r.a., katanya rasulullah saw bersabda, "siapa yang mengamalkan satu amal(ibadat) yang tidakpernah kami lakukan, maka amalnya itu ditolak."
hadis shahih riwayat imam muslim. no.1701


oleh itu, kita jgn la pandai2 dok pi buat ibadah2 baru..
kerana sesungguhnya ibadah itu kita hny warisi dari rasulullah.
so, kita just wat apa yg nabi buat, dan tinggal apa yg nabi tak buat.. senang saja kan.. jangan bebani hidup kita dgn perkara2 baru dalam agama yg dibuat oleh orang tua2 kita yg dipengaruhi akal fikiran..
sekian..
assalamualaikum...

[Updated on: , 03/31/08 04:27 AM ]

Friday, March 28, 2008

HADIS RASULULLAH

Pesan Rasulullah kepada ahu hurairah::
Jagalah (hak) Allah (halal&haram)
sesungguhnya Allah akan menjaga kamu.
Jagalah Allah,sesungguhnya Allah akan
berada dihadapanmu(cepat mengkabulkan
permintaan dan memberi
bantuan).Sesungguhnya andaikata
seluruh manusia bersepakat untuk
menimpakan keburukan keatas
engkau,maka tidak ada yang dapat
memudaratkan engkau melainkan apa yang
Allah telah tuliskan
keatasmu,Andaikata manusia bersepakat
untuk memberikan engkau manfaat,tidak
ada yang dapat memberikan manfaat
selain dari apa yang telah Allah
tuliskan (R Tarmidzi.Hasan Sahih)

BALASAN BERBUAT BAIK DALAM ISLAM

SABDA RASULULLAH S.A.W:SESUNGGUHNYA
ALLAH MENULIS SEGALA KEBAIKAN DAN
KEBURUKAN KEMUDIAN
MENERANGKANNYA.SESIAPA YANG BERNIAT
MELAKUKAN KEBAIKAN TETAPI TIDAK
MELAKUKANNYA,SESUNGGUHNYA ALLAH
MENULISKAN BAGINYA DISISI ALLAH
KEBAIKAN SEPENUHNYA.SEDANGKAN
SEKIRANYA DIA BERNIAT DAN MELAKSANAKAN
KEBAIKAN,DIGANDAKAN BAGINYA KEBAIKAN
DISISI ALLAH DARI 10 HINGGA 700 KALI
GANDA.SESIAPA YANG BERNIAT MELAKUKAN
KEJAHATAN TETAPI TIDAK MELAKUKANNYA
(KERANA TAKUT AKAN ALLAH),ALLAH
MENULISKAN BAGINYA DISISI ALLAH
KEBAIKAN SEPENUHNYA,ANDAIKATA DIA
BERNIAT DAN MELAKUKAN KEJAHATAN
ITU,DITULISKAN BAGINYA KEJAHATAN
SETIMPAL DENGAN KELAKUANNYA.(HADIS R.
BUKHARI 6391)
(dari manzero salafi)

sayangilah kawan2 anda..

Sabda Rasulullah "Apabila seseorang
diantara kamu menyayangi
saudaranya,hendaklah dia menyampaikan
kepada saudaranya yang dia
menyayanginya"(R.Abu Daud&al-Tarmidzi)


Sesungguhnya Rasulullah pernah
memegang tangan Muadz bin Jabal dan
bersabda "Wahai Muadz,demi Allah
sesunggunhya aku menyayangimu dan aku
menasihatimu wahai Muadz janganlah
engkau meninggalkan ucapan
(اللهم إني أعني على ذكرك وشكرك وحسن
عبادتك) setiap keli selepas solat
fardu (R.Abu Daud&an-Nasa'i)


Sesungguhnya seorang sahabat berada
bersama Rasulullah maka berlalulah
seorang lelaki lalu sahabat ini
berkata "Ya Rasulullah, sesungguhnya
aku menyayanginya" Rasulullah berkata
kepadanya "Adakah enngkau telah
menyampaikan kepadanya yang engkau
menyayanginya" lalu sahabat ini
berkata " tidak". Kata
Rasulullah "Beritahulah dia"(R.Abu
Daud)
(al-azkar 261)
(dari manzero salafi)

APA KATA ULAMAK TERHADAP CINTA

assalamualaikum...

cinta.. bukan perkara baru dalam hidup setiap manusia.. manusia telah diciptakan tuhan dengan perasaan cinta yg indah.. tapi, adakah kita menggunakan perasaan cinta yg telah Allah kurniakan pada tempat yg benar?
tidaklah pelik zaman sekarang apabila org yg putus cinta pada manusia, akan melakukan perkara2 yg bodoh.. ada yg terabai hidupnya, ada pula yg sampai bunuh diri.. inilah akibat org yg tidak mengenali apa itu cinta sejati.. cinta sejati kita hanyalah kepada Allah jalla wa `ala dan nabi muhammad s.a.w. jika semua umat islam dapat meletekkan cinta kepada Allah dan rasulullah di tahap tertinggi dalam hidup, maka tidak ada lagi orang yg bodoh yg sanggup melakukan perkara2 bodoh apabila putus cinta terhadap kekasih.. bukan niat hati sy untuk cakap pandai, tapi sekadar mengatakan apa yg sy ketahui.. bukanlah diri ini sempurna dalam beribadat kepada Allah, tapi sekadar memperingati umat islam zaman ini.. terapkanlah cinta kepada Allah dan rasulullah di tahap tertinggi, insyaallah, kita akan merasa tenang..
imam malik, imam yg mempunyai nama besar dalam sumbangan kepada islam, ada menyatakan sesuatu. kata imam malik, "JIKA KITA MENYAYANGI DAN MENCINTAI SESEORANG, SAYANGLAH DAN CINTALAH SEKADAR BIASA. KERANA MUNGKIN SATU HARI NANTI, DIA AKAN MENJADI MUSUH KEPADA KITA.."

Thursday, March 27, 2008

sunnah

assalamualaikum..
sunnah.. perkara baru yg ada dalam hidup sy.. bagaimana sunnah dapat mengubah hidup saya, hany Allah sahaja yg tahu.. bagaimana umat islam sekarang lebih suka mengikut kehendak diri mereka dalam beragama? bukankah agama islam satu ajaran yg lengkap yg telah ditentukan oleh Allah dan rasulullah.. amat pelik sekarang zaman ini, orang ketepikan sunnah rasulullah hanya untuk menjaga adat atau sesuatu yg membawa kepada keuntungan dunia sahaja.. tidakkah agama menjadi suatu bnd pokok dalam kehidupan manusia.. benarlah seperti sabda rasulullah dalam sanad yg sahih yg berbunyi, "manusia, jika diberi selembah emas kepada mereka, nescaya mereka akan meminta untuk 2 lembah emas lagi. hanya tanah yg dapat menutup kehendak manusia"
manusia tidak akan puas dgn apa yg telah diberikan kepada mereka.. cukuplah jika kehendak untuk menambah2 itu hanya dalam kehidupan sendirian. janganlah menambah2 dalam agama.. secara tidak kita perasan, agama sekarang selalu ditambah dgn citarasa manusia.. janganlah kita sekali2 menambah2 bnd baru dalam agama.. terutamanya dalam ibadah kepada Allah.. kita hanya mewarisi ibadah dari rasulullah... adakah kita tidak percaya yg ibadah rasulullah itu sudah lengkap hingga kita ingin menambah2 lagi keperluan dalam ibadah kita kepada tuhan.. imam malik penah menyebut, "apa lagi fitnah yg paling besar selain engkau melakukan sesuatu perkara yg rasulullah tidak melakukannya, dan engkau menganggap itu baik. seolah2 kita mengatakan bahawa rasulullah mengkhianati risalah(al-quran)"